Posts

Hamka dipenjara

Dari tahun 1964 hingga tahun 1966, HAMKA dipenjara selama dua tahun empat bulan oleh Soekarno atas beberapa tuduhan termasuk berkomplot dengan Tungku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia untuk membunuh Soekarno. HAMKA ditahan pada 12 Ramadan 1383 selepas baru selesai mengajar kaum ibu di Masjid Agung Al-Azhar, Jakarta. Beliau telah dikurung di beberapa tempat berbeza, berpindah randah.Dalam tempoh ini, semua buku dan karya HAMKA diharamkan dan beliau juga tidak dapat memenuhi undangan ceramah dan mengajar. Ini secara langsung telah menghentikan semua sumber pendapatannya bagi menyara keluarga. Di samping HAMKA tersiksa di dalam tahanan, keluarganya juga terpaksa bergolok gadai bagi meneruskan kehidupan. Isteri HAMKA sehingga terpaksa menjual pakaian dan barang-barang perhiasan miliknya.Setelah rejim Soekarno dijatuhkan oleh Soeharto, HAMKA dibebaskan dan beliau kembali meneruskan rutin beliau sebagai pendakwah dan guru agama seperti sebelumnya.Setelah beberapa tahun dibebaskan, pada…

Panduan Lengkap Bisnes Fotografi

Image